Advertise Here

Laila Hanni

- Another Blogger Blog's


Bab 15
“Unie ....,” jerit Suzana tatkala aku membuka pintu rumah. Aku cuma senyum selamba melihatkan telatahnya. Hem... masih lagi belum berubah minah ni, detik hatiku. Walau kini usia sudah mencecah lewat duapuluhan dia masih lagi dengan sikap keanak-anakannya bila bertemu denganku. Aku cepat mendepakan tanganku menyambut pelukannya. Mataku tertancap kepada keretanya.
“Wow... kereta baru... Valkswagen kau...,” kataku sambil melepaskan pelukanku padanya. Aku keluar mendekati keretanya yang begitu mewah di pandangan mataku. Sesuai sekali kereta itu dengannya yang bertubuh kecil molek itu.
“Cantikkan... kan...kan...?,” katanya sambil tersenyum.
“Cantik... macam tuannya....,”
Suzana terus diam sambil matanya asyik merenung aku yang masih lagi menumpukan minatku kepada keretanya.
“Belilah kereta macam ni...,”
“Manalah aku mampu. Aku kan kerja gomen je,” jawabku ringkas. Mataku terus mengagumi keindahan kereta itu. Satu persatu aku membuka pintu kereta itu untuk melihat keadaan hiasan dalamannya. Nampak begitu eksklusif sekali. Sesuai untuk mereka yang bergaya sportif.
“Unie, dahlah tu.... lepas ni aku bawa kau jalan-jalan. Sekarang ni... mari peluk aku. Aku rindu sangat pada kau ni,”
Aku mengalihkan perhatianku kembali kepadanya. Cepat-cepat aku berlari ke dalam pelukannya. Sungguh.... sungguh aku rindukannya. Lama kami berpelukan. Ada airmata yang mengiringi rasa gembira di hati masing-masing. Akhirnya kami meleraikan pelukan dan memandang ke dalam mata masing-masing. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku menemuinya kali ini. Terasa terubat gundah yang aku rasakan sejak pulang ke tanah air beberapa hari yang lalu.
“Maaf Unie, aku tak ada masa kau sampai...,” ucapnya sambil kembali memelukku.
“Tak kesahlah... wah... kau sihat ye. Nampak semakin berseri,” usikku. Dia senyum gembira.
“Jom... masuk...., banyak cerita nak dengar ni. Kau sihat? Macamana dengan study kau kat sana? Semuanya dah selesaikan? Kau tak akan balik ke sana lagikan?”
Satu demi satu soalannya ku jawab. Terasa bagaikan disoal siasat pula. Memang sesungguhnya cukup banyak cerita yang perlu dikongsi antara kami. Waktu aku pulang untuk bersemuka dengan Abang Izwan dua tahun yang lalu, dia sentiasa hadir di sisiku untuk memberikan aku kekuatan. 
Ketika aku dalam kesedihan yang teramat sangat waktu itu, dialah yang menghulurkan bahunya untuk aku menangis, meluahkan segala kekecewaan yang aku rasakan. Ketika semangatku goyah untuk kembali semula ke Australia bagi menerus pengajianku dialah yang memberikan aku kekuatan untuk tidak menyerah kalah.
Sepanjang masa kami berjauhan dialah yang terus-terusan meniupkan semangat untuk aku teruskan kehidupan. Tempoh dua tahun yang memisahkan kami menyababkan terlalu banyak berita yang perlu kami kongsi bersama. Walaupun sering berhubung melalui dinding facebook, namun kepuasannya tiada di situ. Habis semua cerita ku aku luahkan kepadanya. Dan habis semua ceritanya aku dengar satu persatu.
“Ooo selama ni tak nak beritau ye kau dah bertunang..., patutlah berseri semacam aje. Darah  tengah manis ni,”
“Baru je Unie, dua minggu lepas,”
“Nanti kena kenalkan aku dengan tunang kau tu,”
“Insyaallah....,”
“Bila nak langsung?”
“Dia kata tiga bulan je nak bertunang. Mak aku pun suruh langsungkan cepat-cepat. Risau betul dia, takut jadi benda-benada tak elok pulak. Yelah... kami kat sini kan tak ada yang perhatikan. Tak percaya betul dia pada aku. Bila aku cakap kau nak balik dan tinggal dengan aku, barulah dia lega,” katanya panjang lebar. Aku turut tersenyum melihatkan kebahagiaan yang terpapar di depan mata.
“Kenapa tak masukkan gambar bertunang kau dalam facebook... kau ni...,”
“Malulah... bertunang je... Nanti dah kahwin aku masukkanlah. Lagipun aku sebenarnya nak surprisekan engkau,”
“Yelah tu... cakap ajelah dah lupakan kawan,”
Tiba-tiba tangan Suzana menampar lembut ke pipiku. Merenung jauh ke dalam mataku.
“Jangan sekali-kali cakap macam tu. Kau taukan macamana perasaan aku pada kau...,” ucapnya.
Lantas, tak semena-mena rasa sebak di hati yang aku rasakan sejak selepas menemui Mak Ngah pagi tadi datang lagi. Aku memeluk tubuhnya erat. Pecah tangisku dibahunya. Dan dia seperti selalu, sering mengerti akan perasaanku. Memeluk tubuhku seerat yang boleh.

****
Tubuh kecil yang lincah berlari itu aku tatap dengan hati yang cukup hiba. Keletahnya manja sekali. Pengasuh yang menemaninya juga kelihatannya cukup sayang padanya. Sama-sama bermain buaian kecil di sudut taman permainan itu. Sejak dari tadi hatiku cukup terharu melihat mereka bergurau senda. Jika boleh aku ingin sekali bersama mereka. Ingin sekali mendakap tubuh kecil itu, mendengar suara manjanya dan mencium pipi gebunya.
Namun, pesanan Mak Ngah terus-terusan terngiang di telingaku. Kehadiran Suzana di sisi yang turut sama denganku ke sini menghalang langkah kakiku untuk menghampiri mereka. Mak Ngah sudah berpesan supaya aku tidak menampakkan mukaku kepada anak kecil itu maupun kepada pengasuhnya. Bimbang jika kehadiran ini disedari oleh mereka dan seterusnya menyampaikannya kepada Abang Izwan. Hatiku jadi tertanya-tanya adakah Sarah sedar akan keujudanku di mukabumi ini? Adakah dia mengerti ada hati yang begitu tulus menyayangi dan merinduinya selama ini? 
“Unie, dahlah... dah 6.00 ni. Asar pun kita tak sembahyang lagi ni. Sejak tadi lagi kau dok perhatikan dia... taulah kau rindukan dia. Tapi sembahyang kita tak boleh tinggalkan,”
“Aku rindukan dia Su, jomlah kita pergi dekat dia. Aku nak sangat tengok dia dari dekat,”
“Engkau ni.... kan Mak Ngah kau dah cakap, jangan pergi dekat... degil betullah... Kalau nanny dia nampak kau, dia mesti cakap pada Kak Reen atau Abang Izwan. Nahas kau nanti. Tak pasal-pasal kau tak boleh tengok dia lagi tau...,”
Ada benarnya kata-kata Suzana. Aku sebaiknya tidak mendedahkan intipanku ini. Kalaulah mereka tahu, pastinya Sarah tidak dibenarkan lagi datang ke taman permainan ini. Pastinya aku akan merinduinya nanti. Ku terpaksa bersabar kali ini.
Sejak lewat tengahari tadi aku dan Suzana ke sini. Mulanya kami ke rumah Kak Reen. Hari ini hari bekerja, jadi pastinya Kak Reen dan Abang Izwan tiada di rumah. Kami memarkirkan kereta di bawah pokok besar selang dua buah rumah dari rumahnya. Memerhatikan dari dalam kereta kalau-kalau Sarah akan keluar dari rumah.
Akhirnya penantianku berhasil. Setelah hampir satu jam menunggu, Sarah keluar ke halaman bersama pengasuhnya. Namun aku hampa, bila tidak sampai lima minit, mereka sudah kembali masuk ke dalam rumah. Lantas aku menunggu lagi. Mengharapkan dia kembali keluar.
Ingin sekali lagi menetap wajah polos itu. Sepanjang waktu itu sedikitpun aku tidak mampu menangkis airmata ini dari mengalir membasah pipi. Rinduku bagaikan tidak mampu aku bendung lagi.  Suzana yang setia menungguku terlena di tempat duduknya.
Akhirnya kira-kira jam 5.30 petang, mereka keluar lagi. Kali ini mereka berjalan menuju ke tapak taman permainan yang letaknya selang tiga buah rumah dari rumah Kak Reen. Sejak dari itu aku dan Suzana terus mengekori mereka dan turut berada di sini.
Kebosanan Suzana tidak aku endahkan. Berulang kali dia mengajakku pergi. Malah kedegilanku terserlah. Hinggakan ke satu tahap Suzana mengugutku yang dia tidak akan menemaniku di masa akan datang. Pun begitu aku masih lagi tidak mengendahkan ugutannya itu.
Ya Allah, apalah nasibku ini. Untuk melihat anak sendiripun aku terpaksa lakukan dengan bersembunyi. Di manakah hakku sebagai seorang ibu yang selama ini merindukan anakku itu? Di manakah hakku sebagai seorang ibu yang dulu mengandungkannya dengan penuh seksa akibat alahan yag aku alami?
Kejam sungguh lelaki yang bernama Muhammad Izwan kerana memisahkan kami. Menghalang dari kami bertemu. Apa salah dan dosaku diperlakukan begini? Mengapa sampai ke hari ini dia masih lagi berdendam denganku? Menyebut tentang kecurangan yang tidak pernah aku lakukan.
Tanpa sepatah kata, Suzana menghidupkan enjin kereta. Aku sedar dengan kemarahannya kali ini. Kesabarannya yang tercabar kini tiba ke penghujungnya. Akhirnya kami meninggalkan kawasan itu dengan penuh sengketa. Nekad di hati ini aku tidak akan datang lagi bersamanya. Aku sanggup jika aku terpaksa ke sini sendirian, aku akan lakukan itu. Hanya kerana aku ingin menatap wajah mulus itu.

****
Setelah tamat tempoh seminggu aku bercuti sekembalinya aku dari Australia, akhirnya aku kembali melaporkan diriku untuk menjalankan tugas. Kembali  memulakan tugas yang telah lama aku tinggalkan. Aku telah membeli sebuah kereta untuk memudahkan pergerakkanku untuk ke sana dan ke mari. Namun dalam tempoh terdekat ini kereta yang aku tempah itu masih belum siap. Mungkin mengambil sedikit masa untuk proses pembelian diluluskan oleh pihak bank, menurut jurujual kereta itu tempohari.
Minggu-minggu pertama aku memulakan kerja, aku terpaksa menaiki komuter ke tempat kerja. Setiap pagi aku terpaksa menjadi penunggu setia di stesen komuter Subang Jaya. Seawal jam 6.30 pagi lagi Suzana sudah menghantarku ke stesen komuter tersebut. Tiba di KL Sentral, aku terpaksa pula mengambil komuter untuk ke Serdang.
Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Cuma perjalanan yang jauh itu amat menduga kesabaranku. Tetapi tiada cara lain lagi untuk aku ke tempat kerjaku. Untuk mencari rumah sewa, aku masih belum berkesempatan untuk melakukan itu. Tidak sanggup aku menyusahkan Suzana lagi hanya untuk meronda kawasan berdekatan dengan Serdang untuk tujuan itu.
Aku telah bertanyakan khabar tentang rumah sewa di kawasan berdekatan dari teman-teman sekerja. Namun, sehingga kini masih lagi belum ada rezeki. Harap-harap akan ada rumah yang sesuai untuk aku sewa nanti. Tidaklah aku perlu meredah perjalanan yang cukup jauh hari demi hari. Aduh... sungguh memenatkan.
Minggu kedua, proses pembelian keretaku masih belum selesai. Terpaksalah aku menaiki komuter lagi untuk ke tempat kerja. Pagi Isnin itu, aku tiba agak lewat di stesen KL Sentral. Semua ini gara-gara terlewat bangun akibat terlalu asyik melayan rancang di televisyen semalam. Cepat-cepat aku melangkah ke terminal yang dikhaskan untuk  komuter yang akan ke Seremban.  Aku perlu menaiki komuter itu untuk ke Serdang segera.
Jam sudah menunjukkan ke pukul 7.00 pagi. Terminal sudah mula sesak dengan penumpang yang akan mengikuti laluan tersebut. Sesekali tubuhku disondol oleh penumpang-penumpang yang agak biadap. Ah dalam keadaan begini, aku terpaksa akur dengan keadaan yang memaksa aku turut berebut-rebut menaiki komuter. Kalau tidak, pastinya aku akan terlewat tiba di tempat kerja akibat ditinggalkan komuter. Sesuatu pasti akan memburukkan rekod kedatangan kerjaku.
Apabila komuter tiba, aku cepat-cepat melangkah ke ruang menunggu untuk menaiki koc yang dikhaskan untuk kaum hawa. Namun, malang sekali, setelah penat berebut, aku dapati koc itu telah dipenuhi oleh penumpang-penumpang wanita yang tidak mahu bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. Terpaksalah aku bergerak ke koc bersebelahan. Aku tidak mahu terlepas komuter ini. Pastinya aku akan terlewat jika aku melepaskannya. Baru sahaja beberapa hari mulakan kerja, sudah lewat tiba. Pasti ini akan memburukkan tanggapan bosku tentang disiplin kerjaku.
Melangkah sahaja aku masuk ke koc tersebut, isyarat pintu koc akan ditutup berbunyi. Sebelum sempat pintu tertutup seorang lelaki yang cukup tinggi dan bertubuh sasa turut sama masuk.  Tubuhnya menolak tubuhku menyebabkan aku terdorong dan tersandar di palang pemegang  dalam koc yang dipenuhi oleh penumpang-penumpang lelaki. Cuma ada beberapa orang penumpang wanita sahaja bersama di dalam koc itu. 
Tidak semana-mena dadaku jadi berebar. Tubuhku terlalu hampir dengan tubuh lelaki itu. Aku tidak berani untuk mendongak, bimbang jika tubuh kami akan bersentuhan nanti. Kami berada dalam posisi berhadapan. Wajahku betul-betul berada bertentangan dengan dadanya, dalam jarak tidak sampai pun setengah kaki. Komuter  mula bergerak menyebabkan tubuh kami terbuai-buai dan sesekali bersentuhan. Bau harum wangian yang digunakannya begitu menusuk kalbu wanitaku.
Aku sedaya mungkin cuba untuk mengecilkan tubuhku demi mengelakkan dari bersentuhan dengannya. Namun, pergerakkan koc itu terus-terusan membuatkan sukar untuk aku mengekalkan posisiku. Aku tidak pasti apa reaksinya, namun yang pastinya ada debar di dadaku. Meruntun-runtun naluri kewanitaanku. Jantungku bagai mahu pecah saat itu. Masyaallah, mengapa dalam kekalutanku untuk menaiki keretapi ini aku lupa kemungkinan ini akan berlaku?
Aku cuma menundukkan wajahku dek rasa malu. Aku sedar sesekali dia memerhatikanku dalam kedudukan yang begini rapat sekali. Untuk berpaling membelakangkannya aku tidak mampu kerana pastinya tubuh kami akan bersentuhan dalam proses aku melakukan sebegitu. Ya Allah, cepatlah tiba ke destinasi seterusnya. Sekurang-kurangnya bila ada yang keluar dari koc ini, dapatlah aku menjarakkan sedikit tubuh kami.  
“Kenapa tak naik koc untuk wanita?” tiba-tiba keluar suara lelaki itu bertanyakan kepadaku.Garau dan bersahaja sekali kedengaran suaranya.
Panas terasa di wajahku mendengarkan pertanyaan itu. Adakah dia menyangka bahawa aku sengaja menaiki koc ini? Aku hanya diam membisu. Terasa hangat nafasnya menampar ke wajahku. Bau harum tubuhnya yang  segar membuatkan aku jadi makin berdebar.
Aku tidak pernah berada begini hampir dengan mana-mana lelaki selepas Abang Izwan, tiga tahun yang lalu. Aku sudah hampir lupa begini rasanya debaran itu. Mengocak ketenangan jiwaku yang selama ini sering berada dalam kerinduan. Ah... Unie, apa yang kau mengarut ni.... hatiku berdetik sendiri. Menyedarkan aku dari gelodak jiwa yang kesepian.
Keadaan sesak dalam koc masih tidak reda walaupun satu demi satu perhentian komuter kami lalui. Dan tubuhnya begitu santai sekali kelihatannya mendorong tubuhku supaya terus mengecilkan diri. Aku hanya mampu memegang palang pemegang di belakang tubuhku. Menyebabkan tubuhku jadi jadi lebih terdedah kepada pandangan matanya yang kurasakan terus-terusan singgah kepadaku. Nasib baiklah tudung yang aku pakai menutupi seluruh dadaku. Sekurang-kurangnya tidaklah lekuk tubuhku ini terus-terusan menjadi halwa matanya.
Tiba di stesen Midvalley, ramai penumpang yang mula turun. Dia juga turut bergerak untuk turun dari koc tersebut. Kelegaan terasa meresap ke dalam hati ini. Sekurang-kurangnya aku boleh meneruskan perjalanan dalam keadaan yang lebih selesa. Namun sebelum meninggalkan aku, sempat aku dengar bisikannya di telingaku,
“Lain kali naik koc wanita ye. And .... I still can remember those beautiful eyes and that sweet little mole of yours,  dah lama... kan ?”
Kata-katanya itu bergetar, membawa satu perasaan yang tidak aku mengertikan. Perlahan aku berpaling padanya yang kini sudah keluar dari koc. Aku tatap wajahnya buat pertama kali sejak dari tadi. Pintu koc tertutup namun, melalui tingkap kaca koc tersebut sempat aku melihat dia mengenyitkan matanya sambil tersenyum padaku. Perlakuan yang entah mengapa menyebabkan terimbau kenangan lalu di kotak ingatanku. Hatiku jadi sarat dengan tanda tanya. 
_______________________________________
Pembaca semua, 
Akak nak tanya setakat ini confuse tak baca cerita ni? akak buat flashback dan kemudian Unie balik semula ke masa kini. Kemudian flash back balik. Kononnya mahu mencuba teknik macam ni. Rasanya OK tak? Kalau cofusing, nampakya akak kena reshuffle balik setiap plot supaya tak confusekan pembaca. Apa pendapat pembaca semua? Harap komen ye....
thanks.....



13 comments:

fatim fatimah said...

mmg konfius,,ingtkan ada tertinggal bab,,

ada kah lelaki itu yg bergaduh ngan unie kat restoran??

Laila Hanni said...

hehehe....
mama ariana rasa macam mana. org yang sama ke? Jeng....jeng....jeng...

fatim fatimah said...

i think org yg sama

Gurl said...

mmg konfius nie...igtkan dah tertinggal salah satu bab rupanya........

Anonymous said...

memang confuse kalau dapat jgn byk sangat flashback

Anonymous said...

okey jer wat teknik ni..citer pon x rasa mdatar sgt bla awat flasback..jd makin misteri ...LIKE!!!

Wild Cherry said...

x de la cnfuse sgt... Haaa lelaki restoren da muncul... Yes3

Anonymous said...

Bagus juga klu nak cuba pembaharuan asal x lari dari jln cita udahlah..ada tril cikit....

Wah rasanya hero restoren 2 dah kuar...jeng..jeng..jeng..

IVORYGINGER said...

agak confius la kak. tgh sdp2 bc flash back ceta lampau tetiba ja jump blik ke future. apa kata akak abih ja ceta lps unie kahwin n ada ank smpai dia dpt samb belajar. kisah apa yg sbb imran cerai unie tu trungkai bila unie bdepan ngan imran. br msk scene apa yg blaku kat australia tu. ;D

Laila Hanni said...

thanks semua...

these comments really helps. ia menggambarkan betapa membantunya pendapat pembaca dalam penghasilan manuskrip yang baik. supaya akak tak syop sendiri. heheheh....

nanti, akak akan cuba dapatkan pendapat penulis profesional pulak. tengok macamana ye nanti. maybe manuskrip untuk cerita ni dapat jadi lebih bermutu dengan bantuan semua...

thanks again.

Anonymous said...

agak konfius jgak lah...
tbe2 je leh ade part flashback n tbe2 je part realiti..
hope kurg2 kan la flash back erkk

nursyafika said...

wahhh... bestlha cita ni..nak lagi...

AQ Eyfa said...

ok kan baru ada debaran cikit bila baca..hehehe

Post a Comment

Popular Posts