Bab 8
Pantas sekali Fazila berjalan menuju ke tempat parkir
bagi kenderaan kakitangan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Hujan yang mula
merintik turun membuatkan dia makin cepat mengatur langkah. Baru sebentar tadi
dia menerima pesanan dari Professor Ruquiyah melalui seorang teman, meminta dia
menunggu professor tersebut untuk pulang ke rumahnya. Ini adalah kali pertama
dia akan ke rumah Professor Ruquiyah. Entah mengapa hatinya berdebar tidak
keruan. Takkanlah hati ni berdebar bila pertama kali berjumpa dengan anak-anak
Professor Ruquiyah. Aduhai... dia sendiri tidak mengerti kenapa hatinya asyik berdebar-debar
sejak menerima pesanan dari prof essor itu sebentar tadi.
Dia menunggu di ruang parkir yang berteduh milik
kakitangan peringkat pengurusan tertinggi fakulti. Kalau menunggu di kawasan
terbuka pasti dia akan lencun kalau-kalau hujan tiba-tiba jadi lebat nanti.
Matanya melilau mencari kereta Honda Accord milik Professor Ruquiyah di tempat
parkir, namun tidak dia temui. Hampir
lima minit dia menunggu, tiba-tiba sebuah kereta Suzuki Swift masuk ke
tempat parkir dan berhenti betul-betul di hadapannya. Dalam renyai hujan yang
turun ketika itu dia cuba mengintai ke dalam kereta, cuba mengenalpasti siapa
pemandunya. Namun tidak dia kenali lelaki muda yang tersenyum memandang kepadanya.
Siapa?
Tiba-tiba hujan lebat turun tanpa diduga. Dan sepontan
juga lelaki itu membuka cermin sebelah penumpang dan mengarahkan dia masuk ke
dalam kereta. Dalam keadaan teragak-agak Fazila menggelengkan kepalanya. Lalu
pintu kereta di sebelah penumpang pula terbuka dan suara garau lelaki yang dia
kira beberapa tahun lebih tua darinya itu menegurnya lagi. Kali ini bagaikan
sedikit memaksa.
“Kalau tak nak basah, masuk...,”
“Suka hati sayalah... kalau basah kenapa pulak awak nak
susah... senang-senang je awak nak paksa saya masuk kereta orang yang saya tak
kenal...,” jawab Fazila separuh marah juga.
“Amboi ... sombongnya.... awak jangan nak cari pasal ye.
Nanti tak pasal-pasal pulak kakak saya marahkan saya sebab awak basah. Dahlah bukan
main panjang lagi dia pesan kat saya tadi, suruh saya hantarkan awak ke rumah
dia...,”
Owh... adik Professor Ruquiyah rupanya, bisik Fazila
dalam hati. Boleh percaya ke ni....
Hujan makin lebat, angin yang bertiup kencang memburukkan
lagi keadaan. Tempias mula membasahi pakaiannya. Buku di tangannya juga mula
lembab dek tempias.
“Masuklah..,” seakan membentak lelaki itu bersuara lagi.
Dan bila kilat mula memancar, Fazila bagaikan terlompat.
Dia sudah tidak mampu untuk terus berdegil. Sepontan dia membuka pintu kereta
dengan lebih luas dan masuk. Guruh yang berdentum menyebabkan dia kecut perut. Matanya
menjeling sekilas ke wajah lelaki di sebelahnya itu. Sinis senyumannya
membuatkan hati Fazila jadi menyampah. Ada riak sombong yang terlihat di situ.
“Masuk jugak ye... ingatkan lebih rela basah tadi...,”
sindir lelaki yang mengaku adik Professor Ruquiyah itu. Macam manalah wanita
sebaik Professor Ruquiyah tu punya adik yang sebegini sinis sindirannya.
Sebentar kemudian, telefon tangan lelaki itu berlagu
syahdu. Irama lagu Aku Yang Tersakiti nyanyian penyanyi Indonesia, Judika,
berkumandang di ruang sempit dalam kereta itu. Wahhh... jiwang jugak mamat
ni..., bisik Fazila dalam hati.
Cepat-cepat lelaki itu mengangkat telefonnya. Sambil itu
dia mula memandu kereta keluar dari kawasan parkir. Antara percaya dengan
tidak, jantung Fazila berdebar bagaikan baru sahaja lepas berlari pantas sejauh 100km. ‘Betul ke dia ni adik Professor
Ruquiyah...?’ hatinya bermonolog lagi.
Selepas dia berbual seketika melalui talefonnya, lelaki
yang masih belum dia kenali namanya itu menghulurkan telefonnya itu kepada Fazila.
Berkerut kening gadis itu untuk cuba memahami. Lelaki itu tidak berkata apa-apa
tetapi dia menyuakan telefon itu ke muka Fazila. Tanpa sepatah kata Fazila
menyambut telefon itu.
“Hallo...,” Fazila
bersuara dangan nada perlahan.
“Hallo Fazila...,” kedengaran suara riang Professor
Ruquiyah menyapanya dari hujung talian. “Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam... prof.... ya saya ni..,” suaranya
yang kedengaran ceria menggamit pandangan dari lelaki muda di sebelahnya.
“Ini, saya nak bagitau, adik saya ni yang datang ambil
awak tau... kebetulan dia dah nak balik ke rumah. Saya ada hal sikit, kena
pergi hantar suami saya kat airport
Senai. Tak apakan...?”
“Aaa... a... emmm...,” gumam Fazila dibuatnya. Apa yang
dia boleh perkatakan lagi.
“Nama dia Amir Hamzah. Dia ok... nanti dia hantar ke
rumah. Hujan lebat ni kan?”
“Haah...,” jawab Fazila ringkas. Belum sempat dia
menyambung kata-katanya, suara Professor Ruquiyah menerjah lagi ke telinganya.
“Ha... sampai kat rumah nanti dia akan kenalkan awak dengan
anak-anak saya. Lepas anak-anak saya siap buat latihan nanti dia akan hantar
awak balik. Kalau nak tidur kat rumah saya pun tak apa. Esok boleh pergi kampus
dengan saya. Kalau nakkan pakaian spare,
tanya pada bibik ya? Okaylah, kalau ada masalah, nanti call saya. Awak kena beli handphone
ni... susah betul saya nak hubungi awak. Ok ye, bye...”
Lalu telefon terus ditutup dan tinggalah Fazila yang
masih tercengang, tak sempat menjawab. Senyum simpul Amir Hamzah buat Fazila
makin tercengang jadinya.
“Hemm.. kakak saya la tu... so persuasive... like always..,” kata Amir sambil tergelak. Kereta
yang dipandunya mula meluncur laju meninggalkan kampus UTM.
****
Anak-anak Professor Ruquiyah yang hanya dua orang itu
sudah menantinya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat
yang terletak di Taman Universiti. Masing-masing tersenyum menyambutnya. Mereka
kelihatan bagaikan teruja dengan kehadirannya. Perlakuan sepontan mereka itu bagaikan
membawa rasa lega di hati Fazila. Sekurang-kurangnya dia seperti diterima
dengan baik dalam pertemuan pertama ini. Harap semuanya akan jadi baik sehingga
akhirnya.
Fazila memberikan senyuman paling manisnya untuk Saiful
Bahari dan Saidatul Batrisya. Masing-masing dalam tingkatan satu dan darjah
lima. Kelihatan begitu sopan sekali kedua-duanya. Sebaik sahaja mereka
diperkenalkan oleh adik Professor Ruquiyah yang dikatakan namanya Amir Hamzah
itu, keduanya bersalaman dengan penuh santun sekali. Terus ingatan Fazila
kembali kepada adik-adiknya di kampung.
Untuk pertemuan pertama ini mereka tidak begitu
menekankan tentang aktiviti pembelajaran. Lebih merupakan sesi perkenalan yang
agak panjang. Fazila dibawa melawat bilik mereka dan dia terkesima dengan
keindahan bilik anak-anak pensyarahnya itu. Berlatarkan rona biru, semua alatan
lainnya juga biru di dalam bilik Saiful
Bahari, yang lebih mesra membahasakan dirinya Epul. Manakala bilik Saidatul
Batrisya atau Eisya pula berona merah jambu. Dari dindingnya, membawa ke cadar,
selimut, malah perabutnya juga terdiri dari pelbagai rona merah jambu. Kombinasi
yang cukup menarik.
“Pinky girl...,”
usiknya sambil mencubit pipi gebu Eisya.
Eisya tergelak perlahan sambil membuka pintu almarinya.
Sekali lagi Fazila terpaku melihatkan pakaian yang penuh di dalam almarinya
yang kebanyakkannya berwarna pink
pelbagai rona, ungu dan juga putih. Memang anak gadis ini kelihatannya terlalu
obses dengan warna pink.
“Mamala kak... ikut sangat semua yang dia nak... sampai
seluar dalam pun pink...,” kata Epul sambil cemberut di wajahnya menampakkan
rasa boringnya dia terhadap kegemaran
adiknya itu.
“Alah...abang jelesss....,”
kata Eisya sambil menjelirkan lidahnya.
“Kan bilik Epul pun cantik... biru semuanya,”
“Epul tak sukala kak... tapi mama kata dia nak biru...
kenalah ikut...,”
“Ehh... iya ke..., habis Epul suka warna apa...?”
“Hitam... nampak ghotic
sikit... tapi mama tak bagi...,”
“Tak kan nak letak hitam... gelapla jadinya nanti...,”
kata pinky girl, menyampuk.
“Kalau padankan dengan warna terang, putih ke... kelabu
ke.... mesti cantik.... nanti kang Eisya yang jeles tengok bilik abang...,”
kata Epul pula. Kali ini dia pula yang menjelirkan lidahnya kepada si Pinky Girl.
Fazila hanya tersenyum melihatkan kerenah kedua-dua
remaja itu. Untuk komen lebih-lebih dia tidak mampu. Kehadirannya terlalu baru
di sini untuk melakukan sebegitu. Nanti, tidak pasal-pasal ada pula yang tidak
suka dengan mulut celuparnya.
Sesekali tanpa bisa dia kawal perlakuannya, Fazila
menjengah, mencari-cari wajah yang menghantarnya ke sini lewat petang tadi.
Namun sedikitpun tidak kelihatan kelibat pemilik wajah itu. Setelah sama-sama
masuk ke rumah dan memperkenalkan Fazila dengan kedua-dua orang anak saudaranya
dan juga bibik mereka, dia hilang entah ke mana. Mungkin dia tidak tinggl di
sini. Dan mungkin pertemuan tadi adalah yang terakhir buat mereka. Entah mengapa
bagaikan ada sesuatu yang menjerut perasaannya saat hakikat itu terlintas di fikirannya.
****
Pertemuan itu membawa sehingga ke malam hari. Selepas
makan malam Fazila, Epul dan Eisya terus berlalu ke bilik Eisya untuk
menjalankan aktiviti mereka. Epul kelihatannya seperti tidak mampu untuk menang
dalam pertelingkahan bersama adiknya untuk mengajak Fazila dan Eisya untuk sama-sama
belajar di biliknya. Pada mulanya dia kelihatan sungguh tidak berpuas hati.
Namun setelah Fazila berjanji supaya mereka akan membuat giliran dan akan
belajar di bilik Epul pula dalam kunjugannya yang akan datang, barulah anak
muda itu diam dari terus bertelingkah, meskipun kelihatannya seperti masih
belum berpuas hati.
Fazila menyemak satu persatu buku Epul dan Eisya untuk
mengetahui setakat mana perkembangan mereka. Dia agak terperanjat melihatkan
kebijaksanaan anak-anak itu. Setiap latihan yang dia berikan dapat mereka
sempurnakan tanpa perlu dia menunjuk ajar. Untuk apa dia ke sini sebenarnya
kalaulah kedua-duanya sebenarnya tidak perlukan bantuan dari dirinya. Agak
hairan dia dengan permintaan Professor Ruquiyah untuk dia menjadi guru tuisyen
untuk anak-anak itu.
“Kenapa ye bibik...? Epul dengan Eisya tu pandai, tapi
kenapa prof nakkan mereka tu tuisyen dengan saya lagi bik?” tanya Fazila malam
itu sementara menunggu waktu Amer Hamzah kembali untuk menghantarnya pulang.
Itupun dia hanya mendengar kata-kata bibik yang menyampaikan pesanan telefon
anak muda itu semasa Fazila sibuk dengan Epul dan Eisya tadi. Hatinya kembali
berdebar sejak pesanan itu sampai ke telinganya. Sungguh dia menyangka yang
mereka tidak akan berjumpa lagi. Rupa-rupanya memang Amer Hamzah mengotakan
kata-kata kakaknya petang tadi.
“Alah nak Ila....nak Epul dengan nak Eisya itu sebenarnya
perlukan perhatian... Mamanya sering saja sibuk ... ke sana ke mari ngak tentu
waktunya... ada ketikanya ditinggalkan sama bibik hingga berminggu-minggu
gitu... waktu puan perlu kerja di kejauhan. Mereka sebenarnya perlukan teman.
Itu katanya puan pada bibik...,” terang dan jelas sekali bibik menerangkan
duduk perkara sebenarnya.
“Selalunya kalau keluar, Prof dengan suaminya sama-sama
tak ada ke?”
“Ngak... puan saja yang sering keluar... bapaknya jarang
sekali...,”
“Owh...,” angguk Fazila. Dia tahu Professor Ruquiyah
sering kali keluar outstation. Kajian yang dijalankannya menyebabkan dia banyak terlibat dengan
jabatan kerajaan dan juga jabatan berkanun yang terlibat dengan penjagaan alam
sekitar. Malah projek yang sedang Fazila jalankan bersama Professor Ruquiyah
juga merupakan salah satu daripada projek berkenaan dengan merekabentuk satu
sistem yang dapat mempastikan persekitaran kerja di dalam makmal adalah selamat
dari bahaya keracunan gas untuk mereka yang bekerja di makmal. Fazila tahu
kajian ini tidak mudah. Tetapi tetap dia ingin menerima cabaran ini.
“Bapaknya enggak
sering keluar. Sesekali dia ke Kuala Lumpur atas urusan kerjanya. Namun jarang
sekali gitu. Mungkin sebulan hanya
sekali gitu...,”
“Owh...,”
Masing-masing diam seketika. Fazila meneguk milo panas
yang bibik sediakan untuknya sebentar tadi. Masih lagi panas dan tidak mampu
untuk dia teguk sekaligus. Lalu dia menghirup perlahan-lahan. Ingin sekali dia
bertanyakan bibik tentang Amer Hamzah, namun sekuat hati dia cuba menahan diri
dari kelihatan keterlaluan. Tetapi akhirnya dia tidak mampu mendiamkan diri.
Dia perlu tahu, walau dia tidak pasti kenapa, tetapi dia perlu tahu.
“Emmm... adik prof tu... ,” dia akhirnya membuka mulut.
Tetapi dia diam kembali. Bukan mudah rupanya mengatur kata untuk menyelidiki
tentang seseorang.
“Oh... iya... nak Amer ya.... dia lagi sedang belajar...
juga di UTM... katanya sedang bikin pHd. Apa gaya gitu iya sebutannya...?”
pertanyaan bibik itu sebenarnya satu jawapan bagi Fazila. Amer Hamzah pelajar
pHd di UTM? Hemmm....
“Ohhhhhh....,” panjang sekali ohnya itu.
“Neng ngak pernah ketemu dia di UTM ya?”
“Tak.. saya baru sebulan masuk... dia .. dah berapa lama dia belajar?”
“Ngak silap bibik.. sudah lebih satu tahun... dulu
kerjanya engineer.... gaya gitu iya
disebutnya... ?” tergelak lagi si bibik sambil minta dibaiki cara sebutan
perkataan yang disebutnya dalam loghat Indonesianya sebentar tadi.
Fazila hanya tergelak mendengarkan kata-kata bibik itu.
Teringat dia pada cerita-cerita dari seberang yang emak selalu tontoni. Dia
tidak pernah mengikuti kerana tidak berkesempatan.
“Dah kerja... kenapa pulak sambung belajar lagi ye
bik...,?”
Setelah pertanyaan itu melepasi bibirnya barulah dia
sedari, tidak seharusnya dia bertanyakan soalan sebegitu. Kenapa pula dia harus
tahu tentang itu? Bukankah nanti
dikatakan orang ‘busy body”?
“Ngak tau neng.... katanya saja.... mau terus sambung...
hingga habis...,”
Fazila mengangguk perlahan. Berkira-kira untuk
bertanyakan jurusan apa si Amer Hamzah itu belajar, namun dia menahan bibirnya
dari terus menyoal siasat bibik. Kalaulah bibik tersilap cakap pada lelaki itu
yang dia asyik bertanya tentang dirinya, habislah...
“Nak Amer bilang sebentar lagi dia datang, hantar Neng
Ila pulang... ngapa ngak tidur di sini aja...?”
“Ehhh... tak kan lah Ila nak tidur kat sini bik...,” katanya
sambil ketawa kecil. Kemudia, dalam teragak-agak dia menyambunglagi, “emmm...
dia... tinggal kat sini jugak ye bibik...,” tanpa sedar keluar lagi soalan tentang
sidia. Entah mengapa semuanya berkisar tentang dia.
“Owh... nak Amer ya.... ngak... dia ngak tinggal di sini.
Dia menyewa bersama teman-temannya di sebuah rumah di hujung sana...,” kata
bibik sambil menjuihkan bibirnya ke arah yang tidak tentu di mana letaknya..
Fazila menganggukkan kepalanya.
“Tapi kenapa dia nak susahkan dirinya.. ambil dan hantar
Ila pulang...,”
“Itu kakaknya iya... dia nggak pernah buat kakaknya
kecewa..,”
Tersenyum kembali bibir munggil itu mengingatkan
kata-kata Amer Hamzah di dalam kereta petang tadi tentang Professor Ruquiyah
yang begitu suka memaksa. Seorang yang amat mengambil berat rupa-rupanya lelaki
itu, hatinya bermonolog lagi untuk kesekian kalinya.
1 comments:
Cinta Itu Buta
Dia Itu Bercinta
Adakah Dia Buta?
Post a Comment